+ don’t you look into my eyes and lie again
Assalamualaikum and hello, thank you for visiting my blog. Here you will know my entire life. Through my ups and down with my kesayangan. lol

blog name: Tokazumeika
online:
of:
owner: Fatin Najwa
ver.: Something!
followers: +100000
Friday, 7 March 2014 at 18:15 with 0 comment(s)


                       Hai assalamualaikum. em dah lama rasanya tak update. Kekangan masa lah, ecewah padahal malas nak on komputer. Hahaha. Okay, CABARAN. Wuu, terlalu banyak sangat cabaran weh. Ramai yang pandai sekarang ni, aku kena kejar, aku dah banyak sangat tertinggal di belakang. Em, tapi sampai sekarang kesederan belum wujud lagi. Bilalah hati ni nak terbuka, em em. Sejak masuk menengah atas, semua dah lain weh. Tiap kali masuk kelas, aku stress, susah nak faham apa cikgu ajar, rasa macam nak pindah kelas. Fizik, kima, addmath, LK ya Allah...

                         Bila aku ingat balik, hati aku tetiba cakap. "ni baru sikit, belum masuk university lagi, tapi aku dah mengeluh. kau mengeluh sebab kau dah putus asa nak kejar ilmu" Ya Allah, aku ingat balik perngorbanan mak abah, banyak sangat duit diorang keluarkan untuk aku, tapi aku langsung tak balas. Anak apa aku ni, mak abah suruh belajar sungguh sungguh tapi aku belajar main main. Sungguh aku sangat menyesal belajar main main masa pmr dulu, abah nak sangat aku masuk mrsm tapi aku..... buat abah kecewa macam tu je. Sungguh aku ni anak manja yang tak tak tahu menghargai jasa mak abah. em em.

                       Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, berkatilah segala ilmu yang aku telah dan akan kupelajari, jadikanlah aku seorang sentiasa disayangi ibu bapa, yang selalu membuat mereka tersenyum, yang sentiasa menjadi pendorong mereka ketika gembira dan sedih, jadikanlah aku anak yang solehah buat mereka, jadikanlah aku seorang anak yang boleh membawa kedua ibu bapaku ke syurgaMu ya Rabb. Ameen ya rabbalalameen.

                      Aku akan menyaingi adik beradik aku yang lain. AKU AKAN MENYAINGI MEREKA. Semoga apa yang aku hajati bakal tercapai dengan usaha aku sendiri. In Shaa Allah. Okaylah, sampai sini sahaja sari wawa comel, assalamualaikum!