Saturday, 19 July 2014 at 19:11 with
0 comment(s)
Assalamualaikum, Lama sudah tidak membina ayat ni. Bulan ramadhan yang penuh mubarakah. Semoga puasa kali ni lebih syafaat dari puasa puasa yang sebelum ni. InshaaAllah. Tajuk kali ini adalah "Dunia Akhir Zaman". Ingin diceritakan terlalu banyak sangat dugaan dan musibah di dunia ni. Sungguh tanda tanda dunia ni akan musnah sudah terlihat jelas oleh para manusia. MALAYSIA. Negara yang aku duduk. Banyak sangat dugaan. Dan aku tahu tahu apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya, Allah sangat rindukan kita tp kita seringkali lupakanNya. Ya Allah, sungguh aku hambaMu yang sangat lemah, yang sangat rapuh, yang sangat hina pada pandanganMu ya Allah.
PALESTIN, GAZA. Negara yang disanjungi orang orang muslim sekarang sedang diserang. Ramai saudara islamku terbunuh, menjadi mangsa kekejaman zionis. Sudah termaktub, Imam Mahdi akan turun membantu umat Islam dan ketika itu berlakulah kiamat yang dijanjikan Allah terhadap hamba hambaNya, Aku terfikir, aku disini bahagia, cukup makan, cukup sifat tp jarang sekali mensyukuri nikmat Allah. Allahu, ampuni segala dosaku ya Allah. Sampai suatu hari, aku melihat sendiri video video yang dipaparkan oleh saudara di Palestin, aku menangis. Perbandingan aku dengan mereka cukup berbeza, walaupun diserang mereka tetap mensyukuri nikmat Allah sedang aku? Aku sangat hina, terlalu lalai.
Ya Allah, kuatkanlah keimanan mereka, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan mereka, lindungilah mereka ya Allah, turunkanlah malaikat malaikatmu sepertimana Engkau menurunkan malaikat malaikat ketika perang Badar. Sesungguhnya tiada tuhan selainMu dan hanya kepada Engkau kami tempat meminta pertolongan. Sungguh kekuasaanmu sungguh luas tiada tandingannya. Berikanlah kemenangan kepada rakyat Palestin ya Allah, jadikan mereka orang orang yang gagah, yang mampu mengalahkan Israel ya Allah. Ya Allah yang Maha Besar,ampunilah dosa dosa mereka, jadikanlah mereka tetamuMu yang istimewa di syurga akhirat. Sungguh perancanganMu pasti ada hikmahnya. Amin amin ya rabbalalamin.
Sekali lagi Malaysia diduga. Kapal terbang MH17 terhempas. Ramai ahli keluarga nahas. Perit hati ni bila menerima, walaupun tiada saudaraku di dalam kapal terbang tersebut, aku dapat rasa kesedihan mereka, dapat rasa bagaimana kehilangannya orang tersayang. Ya Allah, sedih sangat bila tengok wajah wajah mereka. Aku tahu Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada kita, dan ingin kita ingat kepadaNya kita kembali. Ya Allah, jadikanlah arwah mereka aman disisiMu ya Allah. Ampuni dosa dosa mereka yang lalu, tempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman. Ameen. Alfatihah.
Allah duga sebab kita dah terlalu jauh dengan Dia. Ampuni aku ya Allah. Ingatlah, sejauh mana kita berlari sejauh mana kita mengelak, ajal maut pasti menjemput. Sampai sini sahaja, semoga ia dapat menjadi teladan buat kita semua dan mengubah kepada kebaikan, InShaaAllah. Assalamualaikum.