+ don’t you look into my eyes and lie again
Assalamualaikum and hello, thank you for visiting my blog. Here you will know my entire life. Through my ups and down with my kesayangan. lol

blog name: Tokazumeika
online:
of:
owner: Fatin Najwa
ver.: Something!
followers: +100000
Wednesday, 3 December 2014 at 17:23 with 0 comment(s)
                   


                   Assalamualaikum and hai, baru semalam update dan harini update lagi. Hihi. Ok sebab memang rasa nak buat diari eceh diari ke ni. haha. Ok cakap pasal semalam, pasal kawan right, memang tak dinafikan kita memang perlukan kawan dalam dunia ni, tapi tengoklah jugak kawan tu macam mana, kena pandai pilih kawan, dari segi agama, pembelajaran, sikap dan seumpamaannya, Semalam memang sakit tapi kena ikhlas, aku mintak maaf kepada semua kengkawan aku walapun pada masa yang sama, hati aku pun sakit macam hati diorang. Tapi takkan aku nak ego, nak biarkan pergaduhan ni lelama, so aku mengalah dan aku mintak maaf. Mungkin diorang banyak terasa dengan aku tapi diorang tak terfikir aku pun sebenarnya ada terasa hati dengan diorang. Tapi biarlah, malas aku nak cakap pasal hati aku ni, biarlah janji hati diorang tak sakit lagi.

                  Semalam aku bagi ws kat dia, aku menyatakan kelemahan yang aku ada dan kelemahan yang aku ada pun sebenarnya dia ada. Dan alhamdulillah dah berbaik semula tapi aku yakin bukak sekolah ni mesti akward punya, tapi tak kisahlah asal dah okay, aku pun inshaallah tak dimurkai Allah. Sebenarnya kita berkawan ni pun kena ada niat, niat sebab Allah, apa apa hal dalam sesuatu perkara yang kita lakukan mesti niat kerana Allah, dan aku harap persahabatan aku ni diredhai Allah, itu dah cukup baik bagi aku. Aku sayangkan kawan kawan aku, aku sayang diorang macam aku sayangkan keluarga aku. Biarlah Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya aku kat diorang.

               Dan ye ye, aku masih stay dengan youk dan inshaallah stay sampai kahwin, stay sampai dapat anak, stay dapat cucu dan stay sampai mati. Inshaallah, kalau Allah bagi peluang itu semua aku bersyukur sangat, Dialah yang selalu ada untuk aku, yang selalu bagi aku semangat and no wonder kenapa aku lebih rapat dengan dia berbanding kengkawan. Dan kengkawan berfikir aku langsung tak fikir tentang diorang, kalau lah diorang tahu betapa aku nak sangat menghabiskan masa bersama dengan diorang tapi takpelah aku faham mungkin salah aku jugak. Dan aku terima. Tapi percayalah, suatu hari nanti bila diorang ada pasangan istimewa diorang pun mungkin akan jadi macam aku, bila diorang ada masalah, pasangan diorang jugak diorang akan cari. Tapi mungkin lain orang lain pendiriannya. Bagi aku, youk adalah segala galanya bagi aku. Dia hormatkan perempuan, dia tak pernah ambil kesempatan nak pegang tangan macam couple lain, dan yang penting dia ikhlas sayangkan aku.

              Aku sayangkan dia macam aku sayangkan mak ayah aku, macam aku sayangkan adik beradik aku dan macam aku sayangkan diri aku sendiri. Aku rasa bertuah sangat dapat dia, aku rasa bersyukur sangat dapat dia. Dan macam aku cakap, mesti niat kerana Allah. Aku bukan saje saje dengan dia, mungkin bagi diorang aku dengan dia ni cuma cinta remaja, cinta monyet bak kata orang cinta bebudak. Biarlah pandangan orang aku tak boleh nak ubah. Inshaallah, panjang umur dan Allah izinkan aku berkahwin dengan youk, aku akan jemput diorang. Apa yang aku buat dengan youk, sikitpun aku tak kcau hidup diorang, nak kata aku buat maksiat dalam kelas pun aku dengan dia pun duduk sebatu. Kalau nak dingatkan kembali, masa last day school je peluang aku jumpa dia banding dengan bulan bulan sebelum tu ada ke selalu tengok aku jumpa youk? Entahlah, biarlah yang penting aku tak kacau life diorang dan suatu hari nanti diorang pun akan rasa kalau ada orang tersayang.

              Akhirnya, aku sayang keluarga aku, aku sayang kengkawan aku, aku sayangkan youk aku. suatu hari nanti memasing ada life sendiri, memasing bawak diri, tak selamanya kita bersama, dan suatu hari nanti kita akan berpisah jugak iaitu kematian. Jadi sekarang, perjalanan hidup aku baru bermula dan aku dah tak ada perasaan nak marah, nak sedih semua. Kalau rasa nak judge, judge la. Demi Allah aku dah penat. Dan demi Allah apa yang aku lakukan semua kerana Dia. Terima kasih ya Allah atas segala galanya. Aku benar bnar bersyukur dengan apa yang ada pada aku. Terima kasih Ya Allah..