+ don’t you look into my eyes and lie again
Assalamualaikum and hello, thank you for visiting my blog. Here you will know my entire life. Through my ups and down with my kesayangan. lol

blog name: Tokazumeika
online:
of:
owner: Fatin Najwa
ver.: Something!
followers: +100000
Thursday, 3 December 2015 at 23:18 with 0 comment(s)
Alhamdulillah. Assalamualaikum gais hm lamanya tak update blog berhabuk dah hehehe. Pasni bolehla active blog sebab dah freedom daripada sekolah huhuhuhu. Ye ye happy ada sedih pun ada nak tinggalkan sua ni sebenarnya. Banyak kot kenangan yang takleh lupa, perangai kengkawan, pastu ada gaduh dengan kawan and yes aku mula rindu. Even banyak kali nangis pasal diorang aku still sayang diorang. Hati aku ni rapuh tau hahahahaha. Takpelah kekadang pergaduhan tulah mematangkan kita kan tapi kenalah ambil pengajaran kan. sokay aku happy sangat sebab jumpa diorang as friends aku and thank for everything ye member. Huhuhu taknaklah bagi ayat cengeng aku dah ah ciwek. sikit. Hahahahaha.

And yes linda, ogy, chot, fatin, farisha, wana, wani, balqis, nawa, anis, khaleeda, and all kawan asrama, aku rindukan korang even aku yakin mesti ada yang lost contact aku harap hubungan kawan kita tak lost jugak. Nanti rindu nak gegeila semua kan, fly reramai, makan kat dm reramai even tahun ni kita macam dah tak berapa rapat tapi dalam sudut hati aku, aku nak sangat lepak dengan korang macam dulu dulu. Tapi takpelah ada rezeki kita mesti jumpa jugak kan hehehehe. Nampak je aku steady tapi dalam hati hanya Allah je tau pilunya aku nak tinggalkan semua ni. Thank you for always support aku, bagi makan jajan, jaga aku kat asaram semua thank you so much.

Classmate, sumpah semua gegila lelagi bebudak lelaki. Pasni takde dah tengok ijat tinggi dengan syafiq buat lawak. Daniel yang selalu cakap sikit dah buat aku tergelak, wan yang selalu gelak muka sampai merah, afiq yang selalu buat lawak hambar, youk yang selalu kenakan syafiq, alam yang suka buat orang marah, pirate yang suka kacau linda, faris yang hard study tu, akim yang annoying, syukri yang lol, cien yang suka kenakan orang dan semua orang. Terima kasihlah selalu ceriakan keadaan kelas, sumpah korang memang happening sangat. sayang sebenarnya nak tinggalkan korang, tinggalkan friendship. Gegirls st yang selalu kecoh, paling meriah, paling best hm entah pasni bila lagi kan nak jumpa. Even ada banyak masalah pun, still ada tolong menolong takpelah kan normal untuk manusia kan. Terima kasih untuk segala memori. Mungkin aku nampak beku tapi aku sayu tengok korang, aku nak sangat kumpul lagi kita belajar sesama tapi semua dah berakhir. Semua dah ikut haluan masing masing. All the best for the next agenda kengkawan. Aku akan rindukan korang, kerenah korang dan semuanya. Nanti dah kahwin jangan lupa jemput aku gais. Dengan siapalah agaknya korang berpasangan kan, Huhuhuhu.

Youk. Kawan sekelas, eh silap bukan kawan je tapi sahabat. Even tahun ni kita banyak jugak konflik kita still bertahan kan. Walaupun aku tahu kau ada pendam tapi kau selalu fikir bebaik kat aku. Maaf ye. Tahun last kita sesama satu sekolah dan harap seterusnya kita satu tempat belajar lagi. Harapnya. Aku bukan baik mana dan terima kasih terima aku, sudi dengan aku. Even mungkin sebenarnya aku terasa sangat bila kau fikir bukan bukan kat aku tapi aku tau manusia tak sempurna kan. Takpelah aku harap kita kekal sampai tua eh. Teruskan perjuangan, banggakan ibu abah kau. aku tau kau boleh, kau boleh survives diri kau. Andai kita lain tempat belajar, aku harap kau tetap dengan perasaan kau terhadap aku. So far so good, aku tau kau lelaki yang baik. Dan jangan risau kau memang ciri ciri lelaki yang aku idamkan huhuhu.

Ogy. Buddy aku yang sumpah aku sayang nak mampus, dia jelah yang selalu support aku. Bila aku takde mood dia semangat gila pujuk aku, dialah selalu buat aku senyum balik even aku selalu gaklah marah dia tak tentu pasal, dia cool je. Paling lawak bila dia merajuk dengan aku, then aku merajuk balik hahahaha dia tension katanya bila touching dengan aku sebab dia tau last last bukan aku yang pujuk dia tapi dia yang pujuk aku huhuhu tq jihah. Kau kawan yang sangat bermakna buat aku. Jaga diri, aku tau ko sakit tapi janganlah paksa diri sangat ye. Sayang kau weh, aku nak sangat kita satu tempat belajar nanti yelah kau je yang dah faham kerenah aku, kau je yang ada bila aku susah, kau je tempat aku share masalah, share kegembiraan. Hm aku rindukan kau sangat weh. Aku nak sangat kita tidur sesama, tengok movie sesama, gaduh baling bantal lagi tapi semua tu tinggal kenangan kan. Jaga diri ye jihah sayang. I will miss you in my heart!

Sekarang bermulalah kehidupan aku selepas tamatnya alam persekolahan. Inshaallah, mudah mudahan Allah berkati segala ilmu yang aku dan kawan kawan pelajari. Adat ada perpisahan kan tapi hati aku tak pernah berpisah dengan memori diorang. Gais, terima kasih untuk semuanya. Lillahitaala, aku sayang korang dunia akhirat. Kita sama sama berjaya ye. Love you all. Assalamualaikum.